Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan RM300 dibayar pada bulan November & Disember ini: Berikut cara semak lulus atau tidak

Posted on October 11, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM600 yang dibayar secara dua fasa (RM300 setiap fasa) bagi tahun 2022.

Inisiatif ini pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan dari RISDA. Berikut adalah maklumat lanjut berkenanaa BMT 2022:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semak Kelulusan

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BMT, ia akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah sebanyak RM300 setiap fasa.

Kaedah pembayaran pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh
penerima ketika permohonan dibuat.

Untuk yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BMT RISDA dengan mengisi nombor Kad Pengenalan (MyKad) di ruang yang disediakan.

Maklumat lebih teliti tentang BMT boleh dilihat DI SINI, dan semakan boleh dibuat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme