[RASMI] Cara mendapatkan sumbangan RM600 dari KWSP & PERKESO di bawah Bajet 2023

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Salah satu yang menarik perhatian adalah pengenalan Kasih Suri Keluarga Malaysia 2023 yang diperkasakan perlindungan tambahan di bawah Skim PERKESO. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:

Sumbangan RM600

Kasih Suri Keluarga Malaysia pada asasnya merupakan sebuah skim yang membolehkan para suri rumah mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terdapat pelbagai manfaat di bawah skim ini, antaranya:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk tahun hadapan, ia akan diperkasakan lagi melalui Skim PERKESO apabila Kerajaan akan mencarumkan RM120 setahun.

Ini bermakna, suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum RM60 setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga RM600 setahun merangkumi RM480 simpanan KWSP dan RM120 ringgit caruman Skim PERKESO.

Pendaftaran Kasih Suri Keluarga Malaysia boleh dibuat melalui Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Maklumat lebih lengkap berkenaan inisiatif-inisiatif Bajet 2023 boleh dilihat DI SINI, manakala Kasih Suri Keluarga Malaysia pula boleh diteliti DI SINI.

 

Related Posts