Selain BKM dinaikkan: Ini senarai Bantuan-Bantuan di bawah Bajet 2023 yang kita wajib tahu

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Salah satu yang menarik perhatian adalah kenaikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM3,000 kepada mereka yang berkelayakan. Akan tetapi, pelbagai lagi bantuan telah diumumkan, iaitu:

Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700

BKK ini diberikan kepada para penjawat awam gred 56 ke bawah dengan jumlah sebanyak RM700 dan RM350 pula kepada pesara Kerajaan dengan implikasi kewangan berjumlah 1.3 bilion ringgit.

Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Melalui program ini, , ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan layak menerima bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’. Ia diperkenalkan bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

E-Pemula RM200 ‘one-off’

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan bantuan e-Pemula dari RM150 kepada RM200 secara ‘one-off’ kepada para belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas.

Dalam masa sama, e-Pemula M40 juga diperkenalkan dengan tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pas Bulanan My50

Bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat, Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50. Pas ini pada asasnya merupakan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari (sebulan) di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.

Related Posts