Bantuan Zakat SPZAS RM2,500 dibuka permohonannya: Ini senarai yang layak & cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan zakat ini bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan. Ia melibatkan pelbagai jumlah kewangan iaitu:

  • RM700: SPZAS dalam negara
  • RM1,000 – RM2,500: SPZAS luar negara

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/PraDiploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan zakat ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan Bantuan Pendidikan Zakat LZS.

Setiap permohonan juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar);
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga;
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga;
  • Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama;
  • Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT;
  • Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank);
  • Pasport/Visa pemohon (pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara);
  • Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan);
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan).

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.

Related Posts