Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Kewangan e-Pemula dengan kenaikan dari RM150 kepada RM200.
Bantuan RM200 secara ‘one-off’ itu diberikan dalam bentuk e-Dompet atau e-Tunai kepada para belia berumur 18 hingga 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
Dalam masa sama, golongan M40 (pendapatan isi rumah <RM100k) turut akan layak menerima bantuan ini dengan kadar RM100 setiap seorang.
Pihak Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM800 juta untuk program ini dan ia akan dimanfaatkan oleh sekitar 8 juta penerima.
Tujuan utama e-Pemula adalah bagi meringankan beban kewangan belia; menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia dan menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Penebusan bantuan ini boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet.
Berkenaan dengan tarikh pelaksanaan, penebusan boleh dibuat pada tahun hadapan. Bagaimanapun, tarikh rasmi pelaksaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.