Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Ini senarai sebab-sebab yang membenarkan Pengeluaran Simpanan KWSP sebelum usia 50 tahun

Posted on October 6, 2022 by Admin

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah tabung simpanan persaraan yang ditubuhkan pada tahun 1951.Tujuan utamanya ialah bagi membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pengeluaran KWSP pada asasnya hanya boleh dibuat setelah ahli mencapai usia 50 tahun bagi Akaun 1 dan 55 tahun bagi Akaun 2. Namun begitu, masih terdapat beberapa sebab dan perkara yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebelum usia 50, antaranya:

Beli & Bina Rumah

Ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 bagi tujuan membeli dan membina rumah. Bagi tujuan pembelian rumah, ia terbuka kepada rumah kediaman, jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Bayar Yuran atau Pinjaman Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 2 untuk tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Membayar Ansuran Bulanan Rumah

Pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai. Ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2 bagi tujuan ini.

Menunaikan Haji

Untuk ahli yang beragama Islam, KWSP membenarkan pengeluaran di Akaun 2 bagi tujuan menunaikan haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH). Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Rawatan Kesihatan

KWSP juga membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan. Semua peralatan perubatan serta ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP.

Maklumat lebih lanjut berkenaan pengeluaran-pengeluaran lain, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme