Permohonan masih dibuka: Ini cara memohon Bantuan RM250 “one-off” untuk pasangan suami isteri

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah sebuah sumbangan kewangan sebanyak RM250 secara ‘one-off’ di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  •  Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang layak, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Ia kemudiannya hendaklah dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Maklumat lengkap berkenaan inisiatif ini, boleh diteliti DI SINI.

Related Posts