Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 serta diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.
Berkenaan dengan pembayaran BKM Fasa 3, ia telah pun selesai pada bulan lalu dan kini hanya tinggal pembayaran bagi Fasa 4 dengan jumlah yang ditetapkan.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BKM Fasa 4.
Penerima & Kadar BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
- BKM Fasa 4: RM150
Tarikh Pembayaran
Untuk pembayaran BKM Fasa 4, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022. Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Bagi maklumat teliti berkenaan BKM, sila rujuk dan buat semakan di Portal Rasmi BKM – DI SINI.