UTHM buka jawatan kosong besar-besaran sesi Oktober 2022: Tawaran gaji sehingga RM9,546

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

  1. PEGAWAI TADBIR N41 (PENGKHUSUSAN PEGAWAI KEBUDAYAAN)
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
    • Gaji: : RM1,505 – RM5,696
  3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  4. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  5. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Perjawatan UTHM. Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon tidak perlu dikemukakan kepada pihak UTHM.

Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 02 OKTOBER 2022, Ahad (jam 3 petang).

Maklumat rasmi kekosongan dan permohonan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts