Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU AKAUNTAN – W19
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
- PEMANDU KENDERAAN – H11
- Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan melampirkan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Sijil Kelahiran;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Lain-lain Sijil / Akuan berkaitan.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
BAHAGIAN PEMANTAUAN PROJEK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT,
ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 06 OKTOBER 2022, Khamis .
Maklumat rasmi kekosongan, borang permohonan jawatan dan alamat boleh dilihat DI SINI.