[RASMI] Ini senarai penerima Bantuan Kewangan RM600 pada bulan November & Disember ini

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah RISDA.

BMT pada asasnya merupakan bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa pada bulan November dan Disember ini (RM300 setiap fasa).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Penerima BMT adalah pekebun kecil atau penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kaedah Pembayaran

Untuk makluman, permohonan BMT telah pun ditutup pada 15 September 2022 lalu. Akan tetapi, bagi mereka yang permohonannya ditolak, rayuan boleh dibuat mulai 16 September sehingga 31 Oktober 2022.

Bagi urusan pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh
penerima ketika membuat permohonan.

Manakala, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pula tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.

Bagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan BMT, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA atau DI SINI.

Related Posts