Ini cara mendapatkan Bantuan Kewangan RM480 dari KWSP untuk mereka berumur bawah 55 tahun

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah sebuah program di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Program ini pada asasnya bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Caranya adalah dengan membenarkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP dengan menerima pelbagai jenis manfaat. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya.

Manfaat-manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Mendaftar

Bagi yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP boleh dibuat melalui kaunter dan kios KWSP terdekat.

Dimaklumkan juga bahawa caruman boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah antaranya seperti perbankan internet, kaunter KWSP, kaunter ejen bank dan ejen bank berdaftar.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts