Ini syarat-syarat kelayakan & cara memohon bantuan Rumah PPR dengan kadar sewa RM124/sebulan

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Salah satunya adalah dengan memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR Disewa).

PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124 sebulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Ciri-ciri Rumah PPR Disewa

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, senarai projek PPR Disewa boleh dilihat melalui Portal TEDUH KPKT.

Manakala, permohonan pula boleh dilaksanakan secara atas talian di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Untuk maklumat lengkap berkenaan PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, manakala senarai projek PPR yang sedang dibuka boleh dilihat DI SINI.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pula boleh layari DI SINI.

Related Posts