SPA buka pengambilan jawatan kosong besar-besaran di Jabatan Kerajaan: Gaji sehingga RM5,674

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Kekosongan Jawatan

PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  • Kenaikan Tahunan: RM145
  • Kekosongan: 40
  • Simpanan: 40

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 22 September 2022 (Khamis) pada jam 11.59 malam.

Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihatĀ DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.