Bayaran BKM Fasa 3 Berjumlah RM100-RM900 Akan Disalurkan Pada Selasa Ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan BKM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Pembayaran Fasa Tiga dan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat, mulai Selasa ini atau 20 September 2022.

Ia membabitkan penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas, bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang lulus rayuan BKM dengan keseluruhan proses berkenaan dijangka selesai pada 27 September ini.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM200
    • Jumlah anak 1-2: RM300
    • Jumlah anak lebih 3: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM100
    • Jumlah anak 1-2: RM100
    • Jumlah anak lebih 3: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM500
    • Jumlah anak 1-2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM400
    • Jumlah anak 1-2: RM400
    • Jumlah anak lebih 3: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 1-2: RM800
    • Jumlah anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 1-2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150