Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Mereka berumur bawah 55 tahun boleh mendaftar: Ini cara mendapatkan Sumbangan RM480 dari KWSP

Posted on August 20, 2022August 20, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, melalui dasar-dasarnya bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia yang melibatkan pelbagai manfaat kepada para ahlinya.

Pada asasnya, program ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Ia adalah dengan membolehkan golongan suri rumah mencarum di KWSP. Berikut adalah maklumatnya:

Manfaat-manfaat Kasih Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Mendaftar

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan KWSP, pendaftaran Kasih Suri Keluarga Malaysia boleh dibuat di kaunter atau kios KWSP terdekat.

Cara dan saluran pembayaran caruman itu boleh dilaksakan dengan pelbagai cara iaitu:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP.

Untuk malumat lebih jelas berkenaan dengan inisiatif KWSP ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP atau DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme