Pendapatan Isi Rumah RM3,000 Ke Bawah. Berikut Adalah Cara Mohon Bantuan Kewangan RM1,000 YBR

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan YBR yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan YBR yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Sebelum ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang dari Yayasan Bank Rakyat. Kadar bantuan boleh dibaca di pautan berikut: https://www.sinarharian.com.my/article/114088/BERITA/Nasional/3100-pelajar-baharu-IPT-terima-RM1000-daripada-Yayasan-Bank-Rakyat

Cara Memohon Bantuan

  • Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’ di sini. (KLIK DAFTAR) 
  • Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
  • Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
  • Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Apakah Bantuan Kewangan YBR?

Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.

Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohon.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  3. Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  4. Pemohon merupakan pelajar semester 1.
  5. Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

Maklumat Tambahan

Anda mestilah telah membaca, memahami segala terma dan syarat yang dinyatakan . Saya juga mengakui bahawasanya saya layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan awal pengajian ini.

Related Posts