Pengambilan jawatan kosong besar-besaran di Perkhidmatan Awam Negeri: Gaji sehingga RM9,607

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

  1. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (BPSM)
  2. PEMBANTU OPERASI (GURU TASKA) GRED N11
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  4. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 (BPSM)
  5.  PEMBANTU SYARIAH GRED LS19 (BPSM)
  6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
  7. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 (BPSM)
  8. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 (BPSM)
  9.  PENOLONG JURUUKUR (DEGIS) GRED JA29 (BPMS)
  10. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (BPSM)
  11. JURUUKUR BAHAN GRED J41 (BPSM)
  12. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 (BPSM)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Jadual gaji dari RM1,216 sehingga RM9,607 mengikut ketetapan setiap jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan di Sistem Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor secara dalam talian (online).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 JULAI 2022 (AHAD).

Maklumat terperinci kekosongan dan permohonan boleh dilihat– DI SINI.

Related Posts