Ini tarikh Bantuan Kewangan BMT RM600 yang akan dibayar sebanyak 2 Fasa untuk tahun 2022

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan kewangan BMT sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa dengan jumlah RM300 setiap satu (keseluruhan RM600).

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebenarnya telah pun disalurkan sejak tahun lalu oleh RISDA dan kini disambung kembali bagi tahun 2022. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember dengan nilai RM300 setiap satu.

Cara Memohon

Bagi yang menepati kriteria yang telah ditetapkan, permohonan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil Makmur.

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Manakala, pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Maklumat lengkap berkenaan dan permohonan BMT boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts