Pengambilan jawatan kosong besar-besaran di ANGKASA: Tarikh tutup permohonan 23 Julai 2022

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Kekosongan Jawatan

  1. PENGURUS KANAN
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  2. PENGURUS ANGKASA NEGERI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  3. PEGAWAI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  4. PEGAWAI SOKONGAN MAKLUMAT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  5. PENOLONG PEGAWAI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  6. KERANI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  7. PEMBANTU AM
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  8. TUKAR MASAK & PEMBANTU DAPUR
    • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan oleh pijak majikan.

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan (cover letter), menyatakan nama jawatan yang dimohon beserta resume/cv yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport ke email: recruitmenthr.angkasa@gmail.com atau ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
(U/P : Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 23 JULAI 2022 (SABTU).

Maklumat terperinci kekosongan, boleh dibaca – DI SINI.