Bantuan Kewangan BUDI RM1,500-RM2,000 Telah Dibuka Permohonannya. Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan BUDI  yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BUDI yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM1,500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://linktr.ee/jawatan_bantuan

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  2. Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  3. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
  4. Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.

Cara Memohon Bantuan

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Klik butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan.
  7. Kemudian sediakan dokumen sokongan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Related Posts