Bantuan Kewangan BPP RM200 Telah Mula Disalurkan Kepada Penerima. Ini Maklumat Penuhnya

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah BPP RM200 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program BPP RM200 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM200 kepada 3,133 nelayan di seluruh negeri ini.

Maklumat Penyaluran Bantuan

Majlis Penyampaian BPP 2022 Fasa 2 – Kluster Nelayan Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah telah pun dilaksanakan pada Jumaat lepas (8 Julai).

Maklumat Bantuan Prihatin Pahang (BPP)

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:

  • Pelajar dan Anak Muda
    • Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga
  • Golongan B40
    • Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi
  • Kluster Umum
    • Kampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancong
  • Kluster Apresiasi
    • Veteran Tentera dan Polis

Kadar Bantuan Setiap Kategori

Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuklah:

  1. Tunai RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.
  2. Tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
  3. Tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.
  4. 160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi berdasarkan maklumat di bawah:

Alamat Pejabat : Pejabat Menteri Besar, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan

Alamat Rumah : Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

No. Tel Pejabat :09-5121682

No. Faks : 09-5157766

 

 

Related Posts