Penerima BKM Fasa 3 & 4 Mungkin Menerima Bantuan Tambahan Kerana Kenaikan Harga Barang. Ini Tarikh Bantuan Disalurkan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 & 4 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan BKM Fasa 3 & Fasa 4

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM400 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM800 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: Tiada

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

PM Menjangkakan Akan Ada Bantuan Tambahan Lagi

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor baru-baru ini.

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 & 4

Bagi pembayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4, bulan yang ditetapkan adalah pada September dan Disember 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh ke pautan rasmi BKM di sini: KLIK SINI

Related Posts