Permohonan Bantuan Kewangan BINGKAS RM3,600 Setahun Telah Dibuka. Ini Senarai Penerima & Cara Permohonan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah BINGKAS RM3,600 Setahun yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai  BINGKAS RM3,600 Setahun yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Cara Memohon Bantuan

  1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.
  2. Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.
  3. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di www.bingkasselangor.com

 

 

 

 

Related Posts