Tak Perlu Lesen Perniagaan. Ini Cara Mohon Bantuan NaDI RM1,000 Hingga RM5,000 Yang Anda Perlu Tahu

Secara umumnya, bantuan pembiayaan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, pembiayaan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej pembiayaan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej pembiayaan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej pembiayaan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej pembiayaan yang masih diteruskan adalah NaDI sehingga RM5,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program NaDI sehingga RM5,000  yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Pembiayaan

  • Pembiayaan perniagaan RM1,000 sehingga RM5,000
  • Pemohon bagi skim NaDI ini tidak memerlukan lesen niaga dari SSM malah penyata akaun 3 bulan terkini juga tidak diperlukan.
  • Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) ini juga tidak terhad kepada kaum Melayu dan Bumiputera sahaja sebaliknya turut dibuka untuk semua kaum seperti Cina, India dan lain-lain lagi.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Selangor/bermastautin lebih 5 tahun
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Peminjam terdiri daripada wanita mewakili isi rumah
  • Pelaksanaan dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan)
  • Bersetuju menubuhkan kumpulan

Cara Memohon

Bagi individu yang berminat, anda dikehendaki untuk mengisi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login untuk dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.

Sebagai alternatifnya, anda juga boleh menghubungi terus mana-mana cawangan Hijrah Selangor berdekatan tempat tinggal anda.

Related Posts