Ada bayaran tambahan kepada B40? Ini jumlah sebenar BKM Fasa 2 yang akan dibayar minggu depan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban mereka berpendapatan rendah.

Ia juga diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 – kepada penerima dari golongan Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang. Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju memberikan BKM Tambahan kepada B40 sebanyak RM50 (Bujang) dan RM100 (Isi Rumah) bagi Fasa 2 nanti.

Oleh itu, berikut merupakan maklumat berkenaan bayaran yang bakal diterima:

Jumlah BKM Fasa 2

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • BKM Fasa 2: RM200

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Fasa 2 akan dilaksanakan secara berperingkat pada 27 JUN 2022, ISNIN, seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata – secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Maklumat lengkap berkenaan BKM boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM atau DI SINI.

Related Posts