Pendapatan keluarga bawah RM4,210/sebulan: Ini cara memohon Bantuan Sara Hidup dari YNS

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia juga dilaksanakan bagi tujuan sokongan kepada kumpulan sasar dalam menjalani kehidupan seharian.

Prihatin dengan usaha itu, Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah memperkelkan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa bagi tahun 2022 (Fasa 2). Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31);
  2. Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukan) ATAU Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan melebihi 8 tahun (Sila kemukakan sijil tamat Sekolah Rendah dan Menengah);
  3. Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja;
  4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja;
  5. Hanya layak pada pemohon semester 2 ke atas sahaja (pemohon semester akhir tidak layak);
  6. Hanya layak kepada pemohon yang mempunyai akaun Bank Islam Sahaja (Selain daripada Bank Islam M Berhad tidak layak);
  7. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210 ke bawah);
  8. Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon);
  9. Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN / DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi kriteria syarat-syarat kelayakan permohonan, Bantuan Sara Hidup ini boleh dimohon secara atas talian (online) seperti mana yang ditetapkan oleh pihak YNS.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JUN 2022 (KHAMIS). 

Permohonan boleh dikemukakan DI SINI, manakala Borang Pengesahan Pejabat DUN/Pejabat Penyelaras DUN boleh dimuat turun DI SINI.

Borang Akuan Pengesahan Pendapatan pula boleh didapati di PAUTAN INI.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi YNS atau KLIK SINI.