Kerajaan umum BKM tambahan RM50 – RM100 & Ini adalah tarikh rasmi pembayaran BKM Fasa 2

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khasnya pada hari ini mengumumkan kemaskini terhadap Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022.

Berdasarkan kenyataan beliau, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan bayaran tambahan BKM sebanyak RM50 dan RM100 kepada setiap penerima BKM Fasa 2 B40.

Oleh hal demikian, jumlah yang akan diterima oleh penerima-penerima BKM Fasa 2 adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1- 2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1- 2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Bayaran BKM Fasa 2: RM200

Tarikh Bayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia akan dibayar secara berperingkat bermula pada Isnin minggu hadapan iaitu 27 JUN 2022.  Jumlah keseluruhan BKM Tambahan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion yang akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.

Cara Pembayaran BKM

Terdapat dua kaedah pembayaran BKM, iaitu:

  • Kredit ke akaun bank
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
    • Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang
      sama.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
    • Pembayaran BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Maklumat lengkap berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI.

Related Posts