Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Rumah Mampu Milik ditutup 26 Jun 2022: Ini mereka yang layak & cara memohon

Posted on June 15, 2022 by Admin

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah melalui inisiatif Rumah Mampu Milik yang dikenalkan di negeri-negeri Malaysia.

Selaras dengan usaha itu, Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Berharga RM80,000 di Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dibuka untuk permohonan. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan;
  • Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja;
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin;
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah;
  • Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Rumah Mampu Milik ini hendaklah dibuat seperti mana yang dimaklumkan di hebahan rasminya.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB);
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang);
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB);
  • Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang);
  • Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB);
  • Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang);
  • Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang);
  • Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji);
  • Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA).

Permohonan ini dibuka dari 13 Jun hingga 25 Jun 2022. 

Bagi hebahan rasminya, ia boleh dilihat DI SINI dan permohonan atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2022
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme