Penerima Yang Layak Akan Menerima BKM Tambahan RM300-RM500. Ini Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan  yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program BKM Tambahan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah BKM Tambahan?

Pasca pemberian bantuan BKM baru-baru ini, terdapat bantuan tambahan khas BKM kepada mereka yang layak. Bantuan itu dikenali bantuan tambahan atas jumlah RM500 kepada mereka yang sebelum ini lulus menerima bantuan BKM sebelum ini.

Bantuan sebanyak RM500 itu adalah sebagai bantuan untuk mencukupkan bantuan BKM yang sebelum ini dianggap tidak cukup kepada mereka yang menerima BKM.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan BKM bagi Fasa 1 setakat ini maksimum adalah RM2,000. Manakala, jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

  • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah adalah RM2,500.

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
E-Mel : bkm@treasury.gov.my
Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Related Posts