Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Bantuan Skim Agihan MAIPs RM1,200-RM2,500 Telah Dibuka. Ini Syarat & Cara Permohonan

Posted on June 1, 2022 by Admin Gov

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Skim Agihan Pelajaran Serta Merta oleh MAIPs yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Skim Agihan Pelajaran Serta Merta oleh MAIPs yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

  1. Ijazah/Sarjana/PhD (Luar Negara): RM2,500
  2. Ijazah/Sarjana/PhD (Dalam Negara): RM2,000
  3. Diploma: RM1,700
  4. Sijil/Matrik/Asasi: RM1,200

Syarat Kelayakan

  • Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut :
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan tinggal di Perlis;
  • Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Kursus yang dipohon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
  • Telah mendapat tempat / tawaran / sepenuh masa dan tidak bekerja
  • Disahkan pendaftaran pengajian
  • Permohonan tidak melebihi tempoh 6 bulan selepas tempoh surat tawaran dikeluarkan
  • Berumur 18 tahun ke atas

Cara Agihan

Pihak MAIPs akan memberikan agihan melalui pembayaran secara debit kepada akaun pemohon.

Cara Memohon

Untuk yang layak dan ingin memohon, anda perlu lawati pautan rasmi berikut: KLIK SINI

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2022
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme