Lagi Bantuan Untuk Golongan Berpendapatan B40. Ini Cara Mohon RM200 Setiap Bulan Secara Automatik

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan KISS RM200 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan KISS RM200  yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Manfaat Kad KISS

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun ATAU
    di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00
  • Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan
    miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

Cara Memohon

Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/