Kerajaan Umum Bantuan Baru RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Bagi Yang Layak. Ini Maklumat Penuhnya

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan RM200 selama 6 bulan yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan RM200 selama 6 bulan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://linktr.ee/jawatan_bantuan

Maklumat Penuh Bantuan

Perdana Menteri sudah berbincang dengan Menteri Kewangan dan kerajaan bersetuju beri bantuan sementara menunggu padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim, maknanya enam bulan kerajaan akan berikan kepada pesawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan ini pada Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48.

Bantuan itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan.

Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan, boleh menghubungi berdasarkan maklumat di bawah:

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Email : info@nafas.com.my
Tel : 03 6144 1200
Fax : 03 6144 1399

Bahagian Modal Insan
Email : hr@nafas.com.my

Bahagian Perolehan & Kontrak
Email : perolehan@nafas.com.my

Bahagian Kelestarian & Piawaian
Email : kelestarian.piawaian@nafas.com.my