Senarai Penerima & Cara Memohon Bantuan Kewangan BIB RM450 One Off Yang Ramai Terlepas Pandang

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Bantuan BIB  yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BIB yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan BIB

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Bantuan

Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:

  • Online: Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store
  • Manual: Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BIB, anda boleh melawat pautan berikut: https://isarawakcaregov.com/untuk-ibu/#1592813067507-0ddff539-30fb

 

Related Posts