Pendapatan Isi Rumah RM5,000 & Ke Bawah. Boleh Mohon Rayuan Bantuan RM350-RM2,000 Hari Ini (9 Mei)

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Rayuan BKM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Rayuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Bantuan RM350-RM2,000

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Boleh Buat Rayuan

Sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM dibuka mulai 2 Mei 2022 bagi permohonan dalam talian selama sebulan. Penyerahan borang secara fizikal akan bermula pada 9 Mei 2022. Ini bagi membantu mereka yang tidak lulus permohonan sebelum ini.

Penghantaran borang rayuan secara manual boleh diserahkan mulai 9 Mei ke cawangan, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pemohon rayuan BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di Portal BKM bagi mendapatkan maklumat lanjut.