Dibayar Bermula 15 April Ini, Berikut Merupakan Syarat Kelayakan Penerima Bantuan BKK RM1,000

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan Khas (BKK) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program BKK yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan BKK

Bantuan akan diberikan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Apakah Bantuan Kewangan Khas (BKK)?

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Tarikh Pembayaran Bantuan

Ia akan dibayar pada 15 April (Jumaat) dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM6 juta untuk seramai 4,050 kakitangan.

Tujuan Pemberian BKK

Tujuan pemberian BKK bersempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 ini diharap meningkatkan motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi berdasarkan maklumat di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my
Koordinat: Lng 101.942277, Lat 2.725904

Related Posts