Pengambilan jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri (JPM): Tawaran gaji RM1,800

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU)  kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

PERSONEL MYSTEP (PENGKHUSUSAN JURUFOTO DAN VISUAL)

  • Kumpulan: Sokongan (kontrak)
  • Tempoh perkhidmatan: Berdasarkan kekosongan semasa
  • Penempatan: Putrajaya, Wilayah Persekutuan
  • Kadar upah: RM1,800 (dibayar berdasarkan output tugas yang telah disiapkan)
  • Faedah: Caruman KWSP dan PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
    • Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan; atau
    • Diploma dalam bidang komunikasi massa, animasi, pengajian grdfik, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman;
  • Pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang fotografi, perfileman atau penerbitan Single Camera Production (SCP) dan Multiple Camera Production (MCP);
  • Mempunyai bakat, minat yang tinggi dan daya kreativiti yang kreatif;
  • Mampu bekerja dalam satu pasukan dan bersedia dalam apa jua situasi tekanan.

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini berserta gambar;
  • Salinan Sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan;
  • Salinan sijil vaksinasi dari Aplikasi MySejahtera.

Ke alamat e-mel: norbashah@icu.gov.my.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga bersama JPM.

Tarikh tutup permohonan pada 13 APRIL 2022 (RABU).

Maklumat terperinci kekosongan, boleh dibaca – DI SINI.