Bantuan kewangan e-Pemula RM150 akan dibayar bulan ini: Tarikh pelaksanaan & cara pembayaran

Seperti mana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2022, pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan memudahkan urusan rakyat.

Dalam ucapan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat – kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal sekali lagi bantuan e-dompet pada tahun 2022.

Ia adalah melalui sebuah inisiatif dikenali sebagai e-Pemula (e-Start) yang melibatkan pemberian wang melalui aplikasi e-dompet sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak. Ia diperkenalkan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah Bajet 2022 ini:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun;
  • Bantuan ini juga melibatkan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sama ada awam dan swasta.

Tarikh Pelaksanaan e-Pemula

Berdasarkan kenyataan dari Kementerian Kewangan Malaysia – pengkreditan e-Pemula akan dilaksanakan pada pertengahan April 2022.

Seperti mana bantuan-bantuan e-dompet sebelum ini, penebusan e-Pemula juga akan melalui aplikasi-aplikasi e-dompet sedia ada iaitu seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun begitu, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit bantuan berkenaan daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Berkenaan dengan cara penebusan e-Pemula pula, ia belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, pihak kerajaan juga menyarankan para peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang belum berdaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai untuk berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan inisiatif ini.

Bagi keterangan lanjut berkenaan e-Pemula, sila rujuk – DI SINI.

Related Posts