Pengambilan jawatan anggota Polis Bantuan di UEM Sunrise Berhad: Minima SPM layak memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak UEM Sunrise Berhad kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

KONSTABEL POLIS BANTUAN

  • Penempatan: Kuala Lumpur & Johor Bahru

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Bekas anggota Polis/Polis Bantuan yang berpengalaman serta memiliki Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Kepolisian;
  • Tahap Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (4 Kredit termasuk Bahasa Melayu), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma;
  • Ketinggian Minima: 163 cm (Lelaki) dan 157 cm (Wanita);
  • Berat Minima: 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita);
  • Indeks Jisim Badan (BMI) di antara 19 – 26;
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan biasa V/6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap;
  • Tidak rabun warna dan memiliki pendengaran yang baik;
  • Diakui sihat oleh pengawai perubatan termasuk pemeriksaan X-ray;
  • Bebas rekod jenayah.

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan

  • Resume/ CV terkini;
  • Dokumen asal serta Salinan sijil berkaitan pencapaian pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
  • Dokumen asal dan Salinan Kad Pengenalan/ MyKad;
  • 2 keping gambar berukuran passport;
  • 3 bulan penyata gaji.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati – DI SINI.

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (DI SINI).

Hanya calon yang melepasi tapisan majikan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dihubungi bagi tindakan lanjut seperti temuduga.