Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Pendapatan isi rumah bawah RM4,849: Ini cara memohon bantuan kewangan RM500 ‘one-off’ YR

Posted on April 4, 2022 by Admin

Untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pelbagai pihak khususnya untuk golongan B40 dan berpendapatan rendah.

Salah satu bantuan itu adalah melalui Yayasan Risda (YR) yang memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU) dengan kadar RM500 secara ‘one-off’.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan SIPU: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di University College Agroscience Malaysia (UCAM) sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa);
  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di UCAM;
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM.

Cara Memohon

Untuk mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon bantuan ini, permohonan SIPU perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022). Muat turun – DI SINI.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu & bapa / penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

Borang dan dokumen-dokumen itu seterusnya perlu dibuat melalui PT dan disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungajawab RISDA (PRN / PRD / PRJ / PRB atau Pengarah Bahagian / KPE SMR).

Manakala, permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat – tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat terperinci berkenaan bantuan ini, sila baca dan teliti – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme