Jangan Tersilap Pada 9 April Nanti. Ini Cara Betul Buat Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Mungkin ramai yang telah membuat permohonan untuk pengeluaran KWSP RM10,000 nanti. Pada 9 April nanti, anda semua boleh membuat semakan terhadap permohonan yang anda lakukan.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil maklum agar mudah urusannya nanti.

Cara Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran

KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Langkah-Langkah Untuk Pengeluaran

Ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh ikut langkah berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

Peringatan

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

Pengeluaran khas ini bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.

KWSP memaklumkan, pencarum boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.

Related Posts