Kekosongan Jawatan Terkini Di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2022. Gaji Ditawarkan Bermula RM1,929

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

  • Melaksanakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa yang berhubungan dengan jalan Persekutuan (tidak termasuk lebuh raya) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
  • Berfungsi sebagai Agensi Teknikal dengan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah;
  • Merancang, merekabentuk, menguruskan dan menyelia perojek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang dan jeti;
  • Melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan Infrastruktur kepada pelbagai Kementerian jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri;
  • Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan menerusi CREaTE.

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

Syarat Lantikan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
  • Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Related Posts