Kekosongan Jawatan Terkini Di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Bagi Seluruh Negara Tahun 2022

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Kementerian

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Felo Perdana & Felo Korporat

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun

Tempoh Berkhidmat

  • Siswa: 6 minggu sehingga 3 bulan
  • Graduan: 3 bulan sehingga 6 bulan

Tarikh Permohonan Ditutup

31 Mac 2022

Cara Memohon Jawatan

  • Resume terkini
  • Gambar berukuran passport
  • Esei tidak melebihi 500 patah perkataan tentang ‘Apakah pandangan anda mengenai pelaksanaan #Undi18’

Permohonan boleh dilakukan di pautan berikut: http://myfelo.kbs.gov.my/infofelo.php (Klik Sini)

Related Posts