Ini Cara Mendaftar & Memohon Bantuan Kewangan i-Sejahtera RM100-RM1,000 Bagi Yang Layak

Selain berita mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Mungkin ramai terlepas pandang bantuan kewangan yang lain.

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan i-Sejahtera yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan i-Sejahtera yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Cara Untuk Daftar Program i-Sejahtera

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

  1. Semak No Kad Pengenalan
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Kadar Bantuan Yang Diterima

Terdapat dua tempoh masa bayaran seperti berikut:

BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN

  • Program Penghargaan Warga Emas : RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Ibu Emas : RM100
  • Program Bantuan OKU : RM150

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF

  • Program Anak Emas : RM200
  • Khairat Kematian : RM1,000

Syarat Kelayakan

Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU). Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang berkelayakan boleh memohon dengan mudah di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php

Related Posts