Bantuan Wang Ini Dimasukkan Secara Automatik Ke Akaun Anda Bermula 28 Mac-8 April . Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan kerajaan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini diberikan kepada pelbagai golongan merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang mengikut had pendapatan yang ditetapkan.

Menteri Kewangan Umum Cara Buat Semakan

Seperti yang ditulis di FB Menteri Kewangan, Tengku Zafrul katanya,

“Alhamdulillah, selaras dengan pengumuman YAB PM, sejumlah hampir RM2 bilion akan disalurkan kepada 8.6 juta #KeluargaMalaysia bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 bermula 28 Mac hingga 8 April 2022.”

“Penyaluran adalah secara automatik, dan bagi yang tiada akaun bank, penyaluran akan dibuat di BSN mulai 30 Mac 2022.”

“Semakan status permohonan kelulusan BKM boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my. Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan mereka yang betul-betul memerlukan.”

“Kerajaan akan terus berusaha sebaik mungkin dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia terus terjamin, insyaAllah.”

Langkah-Langkah Untuk Semak Status Permohonan

Berkenaan dengan kaedah semakan kelulusan permohonan, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Layari portal rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my/)
  • Klik ‘Log Masuk BKM’
  • Masukkan ‘ID Pengguna’
  • Buat pegesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan ‘Kata Laluan’
  • Klik ‘Log Masuk’
  • Klik butang ‘Semakan Status’

Kepada mereka yang berstatus tidak diluluskan, rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan. Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BKM, sila rujuk di portal rasminya https://bkm.hasil.gov.my/

Related Posts