Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang akan diperkenalkan adalah Bantuan Khas Untuk Golongan Suri Rumah B40 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Khas Untuk Golongan Suri Rumah B40 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan i-Suri?
Dalam usahaa membantu mereka yang memerlukan, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah skim yang dikenali sebagai i-Suri.
I-Suri adalah sebuah skim yang diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Manfaat i-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
- Menerima dividen tahunan KWSP;
- Bantuan Kematian: RM2,500.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai umur 60 tahun;
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Kaedah Mencarum
Bagi memudahkan urusan mencarum, i-Suri boleh oleh suri rumah sendiri atau suami kepada pasangan yang layak. Manakala, caruman pula boleh dibuat dengan beberapa kaedah iaitu:
- Perbankan Internet;
- Kaunter Ejen Bank;
- Ejen Bank Berdaftar;
- Kaunter KWSP.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat penfataran i-Suri, ia boleh dibuat di mana-mana kaunter atau kios KWSP dengan membawa Kad Pengenalan.
Jika terdapat sebarang pertanyaaan berkenaan skim ini, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Bagi membaca maklumat terperinci berkenaan i-Suri, ia boleh dirujuk di portal rasmi KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri