40 Kekosongan Jawatan Di Telekom Malaysia (TM). Gaji Ditawarkan Bermula RM2,100

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Syarikat

Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.

TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli[perlu rujukan] kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini.

Jawatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan Pelanggan TM

  • Taraf Jawatan: Junior/Eksekutif
  • Pertukaran Shif
  • 5 hari bekerja (2 hari Cuti)
  • Terhad kepada – 40 kekosongan

Gaji Ditawarkan

  • Gaji Pokok : RM1700 – RM2100
  • Elaun KPI : RM300

Lokasi Bekerja

  • Menara PKNS Petaling Jaya

Peranan & Tanggungjawab

  • Menjawab panggilan yang dibuat oleh pelanggan
  • Mampu bekerja di bawah tekanan
  • Menguruskan isu pelanggan dengan berkesan
  • Mengendalikan maklum balas, kebimbangan dan soalan pelanggan secara profesional

Syarat Kelayakan

  • Boleh bercakap dengan lancar dalam BM/BI
  • Minimum Diploma
  • Pendidikan: Diploma/Diploma Lanjutan (Diperlukan)

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Atau untuk Pendaftaran Sila WhatsApp: Cik Anisyah 014-9688901 beserta maklumat berikut:

  • Nama penuh
  • Umur
  • Jawatan Kerja : TM Customer Service