Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan YPG yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan YPG yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Kewangan YPG?
Yayasan Pasir Gudang (YPG) menawarkan bantuan kewangan kepada anak-anak Pasir Gudang dan Tebrau yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada IPT Awam atau Swasta.
Mereka yang memohon mestilah beralamat di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Jumlah Bantuan Yang Diberikan
Kadar bantuan wang yang akan diberikan secara one-off kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM300. Jenis bantuan yang diberikan kepada peringkat pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Kad Pengalaman beralamat du majlis Bandaraya Pasir Gudang
- Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS
- Pendapatan isi rumah/ keluarga tidak melebihi RM4,000
Cara Memohon Bantuan
Permohonan dibuka selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac. Kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan, anda boleh mendapatkan borang secara atas talian di pautan berikut: https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf (KLIK SINI)
Kembalikan borang permohonan ke Pejabat Yayasan Pasir Gudang.
YAYASAN PASIR GUDANG
D/A ARAS 2, MENARA AQABAH,
JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Dokumen yang perlu disertakan:
- Lampirkan salinan I/C atau surat beranak semua anggota isi rumah.
- Lampirkan salinan slip gaji / pengesahan pendapatan yang bekerja.
- Lampirkan salinan dokumen berkaitan – surat sakit, kad OKU atau lain-lain.