Jumlah Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM3,000. Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan YR RM300-RM500

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan YR yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan YR yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan YR?

Pihak Yayasan Risda (YR) telah memperkenalkan Skim Bantuan Pelajar IPT / Pelajaran. Ia bertujuan untuk memberi
kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS.

Kadar Bantuan Diberikan

Bidang / kursus bagi yang layak menerima bantuan Pelajaran di bawah pembiayaan Skim Bantuan Pelajaran meliputi semua kursus di Diploma dan Ijazah Pertama yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar bantuan mengikut tahap pengajian seperti berikut :

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Pertama: RM500

Kriteria Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil seperti mana yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan /
  • Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau anak-anak wargakerja RISDA / SMR seperti yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Pemohon hendaklah telah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta yang diiktiraf oleh
  • Kerajaan Malaysia.
  • Tahap pengajian adalah pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam semua bidang / kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta ( IPTA / IPTS ) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau peringkat pengajian yang diluluskan oleh Yayasan RISDA.
  • Tidak mendapat bantuan dari sumber lain.

Cara Memohon Bantuan

Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang YR-01/2016

Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian dalam tempoh 2 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan tidak lengkap akan ditolak.

Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA ;

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Surat Beranak yang disahkan dan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga ( Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR )
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A )
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti anak Pekebun Kecil
  • Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Ibubapa /Penjaga ( Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh JKKK / Pegawai Kerajaan Gred A /Penghulu )
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA / IPTS
  • Salinan mengesahkan mendaftar sebagai Pelajar ( Resit bayaran kemasukan ke IPTA / IPTS )
  • Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR

Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.

 

 

Related Posts