Untung Dividen KWSP Telah Dikreditkan Ke Akaun Anda Hari Ini (6 Mac). Ini Cara Semak Atas Talian

Dalam kesibukan bekerja, pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menyimpan dan menabung sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Berita gembira buat para penyimpan, ini kerana KWSP baru sahaja mengumumkan keuntungan dan dividen agi kedua-dua produknya iaitu konvensional dan syariah.

Untung & Dividen Bagi Tahun 2021

KWSP mengumumkan dividen sebanyak:

  • 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional
  • 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah

Cara Semakan Online

Bagi yang mempunyai i-akaun, anda hanya perlu melayari pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login (KLIK SINI)

Langkah seterusnya seperti berikut:

  • Masukkan user ID
  • Masukkan kata laluan (password)
  • Tekan Log In
  • Scroll sedikit ke bawah dan anda akan nampak paparan seperti di bawah

Jika Anda Tiada i-akaun, berikut langkah untuk mendaftar

Jika anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun. i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  • Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  • Layari laman web www.kwsp.gov.my
  • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
  • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  • Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  • Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.